4th Street Bar Hive-Bar

Hive-Bar Powered by Hive beta-fdb5b5b

Community post

Keghairahan Manusia

Di mana sahaja kerana emas dan kelangsungan hidup mereka pejamkan mata, lupakan risiko dan bahaya.

Di Indonesia ramai yang mati kerana emas. Dan pernah diceritakan sendiri oleh pelombong mereka pernah merasa gegaran gempa bumi semasa di dalam terowong dengan kedalaman lebih 150 meter.

Nugget Emas.jpg

Betapa dalam lubang yang dikorek sehingga air yang ditemui dalam lubang rasa masin (sampai bawah paras laut).

Dua kumpulan dari laluan masuk berbeza, gali sehingga bertembung terowong kumpulan lain, bertemu bukan dengan menyapa mesra dan bersalaman, tetapi saling berbunuhan demi emas, mati dan terus terkubur dalam terowong.

Ratusan terperangkap dan mati dalam terowong akibat laluan runtuh. Hanya tahu selepas tidak lagi keluar, meninggalkan motor di kaki bukit laluan masuk lubang. Keluarga hanya mampu buat solat jenazah ghaib dan kenduri arwah, tanpa jasad dimandikan, dikafankan dan bersemadi jauh di dalam bumi.

Tertimbus tanah.jpg

Tetapi yang masih hidup tidak pernah serik. Hidup perlu diteruskan dan mati itu pasti, yang tidak tahu bagaimana pengakhirannya. Semoga pengakhiran kita semua baik dan mendapat keredaan Allah, insya Allah. Semoga mereka yang telah pergi diampunkan dan dirahmati. Alfatihah kita hadiahkan buat mereka.

0 upvotes $0.00

Replies (2)

Review before signing

Posting as . Signing with . Keychain permission: Posting. Hive Keychain will ask you to approve this action next.


  
Technical details

Operation fingerprint: